saya dengan ini bersetuju menjadi
usahawan di group sabahan online shop tanpa unsur paksaan oleh mana-mana pihak.
saya dengan ini bersetuju dan berjanji akan mematuhi syarat-syarat dan
peraturan-peraturan seperti berikut.
1. saya hendaklah tinggal atau menetap di sabah atau labuan (bagi pemohon
yang bukan asal negeri sabah tetapi tinggal di sabah atau labuan juga boleh
beriklan)
2. saya mengaku bahawa saya berumur 18 tahun dan ke
atas semasa pendaftaran ini dilakukan
3. saya maklum bahawa hubungan saya
dengan group sos hanyalah sebagai ahli group dan bukanlah pihak pengurusan
atau ajk dan tidak berhak mencampuri urusan group sos
4. saya tidak akan mendakwa atau
melibatkan group sabahan online shop
sekiranya berlaku penipuan daripada sesama peniaga kerana sos hanya
menyediakan platform berniaga secara online di group sos dan bukan
tanggungjawab mutlak pengurusan sabahan online shop sekiranya berlaku penipuan
dalam kalangan peniaga.
5. saya bersetuju
untuk meletakkan picbadge sos sebagai tanda pengenalan yang saya adalah
peniaga sos
6. saya bersetuju untuk menunggu proses pemberian
id oleh pengurusan sos selama 3 hari iaitu bersamaan 72 jam tanpa perlu menghantar pertanyaan
bertubi-tubi kepada pengurusan sos.
7. saya bersetuju tidak beriklan yang
berkaitan dengan skim cepat kaya , infinity downline/login facebook dapat
duit/program buat atau jana duit/kelab jutawan/dinar iraq.sekiranya saya ingkar saya akan diblack list
8. Saya bersetuju tidak mempamerkan gambar iklan yang menjolok mata, lucah
dan menyentuh sensitiviti perkauman dan yang sewaktu dengannya.
9. saya bersetuju untuk mengiklan selang 15 minit. sekiranya saya tidak
patuh saya setuju iklan tersebut dipadam.
10. saya bersetuju diberi tindakan tegas dikeluarkan atau dibatalkan
keahlian group atau dibanned status peniaga
sekiranya melanggar undang –undang dan peraturan yang telah ditetapkan
11. saya bersetuju untuh menambah 15 orang rakan ke group
sabahan
12. setelah saya membaca syarat-syarat di atas dan memahami is kandungan terma dan syarat di atas, saya bersetuju
untuk menjadi usahawan sos.
