Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Usahawan:-
Sabahan Online Shop (SOS) kini mengorak satu lagi langkah ke arah membantu peniaga-peniaga di Sabah memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. SOS kini menawarkan kaedah pengiklanan yang lebih berkesan lagi iaitu Pengiklanan Banner di website SoS.
Kenapa memilih perkhidmatan Pengiklanan Banner di Website SOS?
- Prospek pelanggan yang ramai ~ Bilangan ahli SOS yang sudah mencecah 59,000 orang dan terus bertambah
- Visibiliti iklan yang tinggi ~ Ruangan iklan yang strategik, luas dan dapat dilihat oleh prospek dengan mudah.
- Kadar harga yang berpatutan
a) Terbuka kepada peniaga yang berdaftar dengan Group SOS SAHAJA (mempunyai ID)
b) Kadar sewa ruangan banner website SOS bagi Pengiklanan Banner Website adalah seperti berikut
i) Slide di sebelah kiri website : rm15 sebulan (size: 200px x 150px )**
ii) Slide utama yang berada di tengah website: rm30 sebulan(size: 700px x 306px) **.
**Pihak admin berhak untuk mengkaji dan menaikkan kadar sewa pada masa akan datang.(tertakluk pada terma dan syarat)
c) Tempoh penyewaan iklan ialah 1 bulan
d) Konsep pengiklanan adalah berdasarkan ‘first come first serve’.
e) Banner akan di’upload’ di website SOS pada setiap hari Sabtu atau bila2 masa sekiranya ruangan iklan kosong.
f) Peniaga bertanggungjawab untuk menyediakan sendiri design banner. Sekiranya peniaga ingin mendapatkan khidmat design, caj tambahan RM10 akan dikenakan tertakluk kepada 2 kali pengubahsuaian untuk setiap banner.
g) Banner iklan hendaklah dalam format .png ataupun .jpeg
h) Mana-mana banner yang bersifat lucah, atau apa jua bentuk yang pihak admin fikirkan boleh menganggu sensitiviti mana-mana kaum atau agama, tidak akan dilayan.
Berikut adalah langkah-langkah, sekiranya anda berminat untuk membuat Pengiklanan Banner di website SOS.
Langkah 1
Sila hantarkan design banner pengiklanan anda melalui inbox/emel (sabahanonlineshop@gmail.com) kepada admin atau mods SOS.
Langkah 2
Pihak admin atau mods akan mengkaji kesesuaian design banner iklan anda dan kemudian memaklumkan tarikh Pengiklanan Banner anda di website SOS sekiranya banner iklan memenuhi syarat yang telah ditetapkan berserta dengan maklumat pembayaran.
Langkah 3
Buat pembayaran design banner iklan anda dan kemudian maklumkan Masa dan Tarikh pembayaran kepada admin atau mods.
Langkah 4
Admin atau mods akan membuat pengesahan pembayaran dan kemudian banner iklan anda akan di’upload’ ke dalam ruangan header Group SOS mengikut tarikh yang telah ditetapkan.





