~Sedikit Intro tentang Grup SoS ini~
SABAHAN ONLINE SHOP (SOS) di tubuhkan atas idea Puan Rahimah Zaman,pada
5 Jun 2011. Bermula dengan seorang admin, grup ini berkembang dengan
cepatnya dibantu oleh 3 admin yang lain, bekerja memantau secara
sukarela untuk memastikan visi dan misi grup ini tercapai.
SOS cuba untuk menyediakan platform bagi peniaga2 online yang berada di
Sabah dan Labuan untuk memasarkan produk dan barangan mereka, disamping
memberi kelebihan pada pembeli untuk menjimatkan kos penghantaran.
Uniknya grup ini ialah para admin yg sentiasa memantau aktiviti grup,
sentiasa berinteraksi dengan peniaga2 berdaftar grup, di samping cuba
memberikan keselesaan kepada para peniaga online untuk berniaga secara
berhemah, aktiviti2 sampingan juga diadakan seperti Tamu SOS dsb.
Kesimpulannya:
Grup ini memberi kemudahan kepada Orang Sabah / Labuan yang ingin
mendapatkan pelbagai keperluan atau perkhidmatan secara online. Jika
anda bukan peniaga anda boleh survey barangan yg dijual oleh peniaga di
sini dengan tidak perlu mengeluarkan kos minyak kereta, tempat parking
dan sebagainya. bagi peniaga pula anda boleh beriklan di sini bagi
sebarang item atau perkhidmatan yang anda sediakan kepada pelanggan anda
tetapi SKIM CEPAT KAYA TIDAK DIALU-ALUKAN DI SINI.Peniaga mestilah
berjual beli dengan cara yang bersopan dan jujur
