Sabahan Online Shop 2nd Anniversary (5 Jun 2013)
Assalamualaikum
dan Salam sejahtera kepada semua member sos. Alhamdulillah pada hari
ini sempat menyelit di sini, barangkali ada juga yang mengingati saya
atau ada yang langsung tidak kenal :) , Ucapan tahniah juga pada semua
AJK urustadbir SoS ini yang mampu mentadbir urus SoS di sepanjang kami
iaitu saya Sendiri Admin Senior Imahzmn (Selaku Pengasas SoS yg
mengcreate group ini pada jun 2011), Admin Senior Avent Heaven dan Admin Senior Aya Chalo
yang mana kami buat beberapa tempoh yang lalu membuat keputusan untuk
menjadi Penasihat dari belakang tabir SoS. Memberi peluang kepada AJK
tadbir urus selia di bawah kami untuk mengambil pengalaman mengurus sos
seperti mana kami dahulunya pernah mentadbir selia group ini . Bulan
June ini merupakan bulan terbinanya Group SoS ini dan ianya sangat mempunyai
sentimental value untuk kami selaku Perintis Group SoS. Kalau kalian
buka post-post lama memang kami pernah di sini, dan kami masih di sini,
mengharapkan agar peniaga online Sabah ni mampu berdaya saing dengan
peniaga online dari mana-mana pelusuk dunia pun...InsyaAllah.
Alhamdulillah group kita pada hari ini saja sudah mencecah 53 ribu lebih
ahli, kalau tanya apa itu SoS pun ramai sudah yang tahu berbanding
kemunculannya di awal-awal dahulu. InsyaAllah kami selaku Perintis SoS
akan sentiasa memperhatikan SoS dan membuat penambahbaikan dari masa ke
semasa. Harapan kami satu masa dulu dengan wujudnya peniaga online Sabah
yang saling bersatu hati agar dapat lagi memantapkan sumber ekonomi
rakyat Sabah khususnya. Apa pun kami doakan semua yang menyertai kami di
sini mendapat apa yang diinginkan, bagi peniaga moga rezeki semakin
melimpah ruah, bagi pelanggan pula semoga pencarian produk anda
dipermudah atau satu hari nanti kalian juga boleh memeriahkan SoS dengan
menjadi peniaga juga :) . Malah bukan itu sahaja sebenarnya yang paling
penting kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama
kita, mendapat kawan-kawan bukan setakat jadi penjual dan pembeli. AKHIR
KATA SALAM KEJAYAAN DARI SAYA UNTUK SEMUA DAN SUKACITA SAYA MAKLUMKAN
BULAN JUN 2013 NI ADALAH ULANGTAHUN KEDUA GROUP SABAHAN ONLINE SHOP INI
DIWUJUDKAN (DITUBUHKAN PADA 5 JUN 2011). Terima kasih.