Search This Blog

Lovely Ummi Emas GSR Skyjaza Shaklee

PENGIKLANAN BANNER SOS DI COVER GROUP FACEBOOK

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Usahawan:-
Sabahan Online Shop (SOS) kini mengorak satu lagi langkah ke arah membantu peniaga-peniaga di Sabah memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. SOS kini menawarkan kaedah pengiklanan yang lebih berkesan lagi iaitu Pengiklanan Banner pada header Group SOS.
Kenapa memilih perkhidmatan Pengiklanan Banner di SOS?
  • Prospek pelanggan yang ramai ~ Bilangan ahli SOS yang sudah mencecah 20,000 orang dan terus bertambah
  • Visibiliti iklan yang tinggi ~ Ruangan header yang strategik, luas dan statik.
  • Kadar harga yang berpatutan
Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat Pengiklanan Banner ini dalam ruangan header group ini anda haruslah memenuhi syarat seperti berikut:-
  • Terbuka kepada peniaga yang berdaftar dengan Group SOS SAHAJA (mempunyai ID)
  • Kadar sewa ruangan header Group SOS bagi Pengiklanan Banner adalah RM1/hari. Pihak admin berhak untuk mengkaji dan menaikkan kadar sewa pada masa akan datang.
  • Tempoh penyewaan iklan hanya untuk 7 HARI sahaja bagi memberi peluang kepada peniaga-peniaga lain.
  • Konsep pengiklanan adalah berdasarkan ‘first come first serve’.
  • Banner akan di’upload’ di ruangan header Group SOS pada setiap hari Sabtu atau bila2 masa sekiranya ruangan iklan kosong.
  • Saiz banner ialah 266 x 255 pixel.
  • Peniaga bertanggungjawab untuk menyediakan sendiri design banner. Sekiranya peniaga ingin mendapatkan khidmat design, caj tambahan RM10 akan dikenakan tertakluk kepada 2 kali pengubahsuaian untuk setiap banner.
  • Banner iklan hendaklah dalam format .png ataupun .jpeg
  • Mana-mana banner yang bersifat lucah, atau apa jua bentuk yang pihak admin fikirkan boleh menganggu sensitiviti mana-mana kaum atau agama, tidak akan dilayan.
Berikut adalah langkah-langkah, sekiranya anda berminat untuk membuat Pengiklanan Banner di Group SOS.

Langkah 1
Sila hantarkan design banner pengiklanan anda melalui inbox/emel kepada admin atau mods SOS.

Langkah 2
Pihak admin atau mods akan mengkaji kesesuaian design banner iklan anda dan kemudian memaklumkan tarikh Pengiklanan Banner anda di Group SOS sekiranya banner iklan memenuhi syarat yang telah ditetapkan berserta dengan maklumat pembayaran.

Langkah 3
Buat pembayaran design banner iklan anda dan kemudian maklumkan Masa dan Tarikh pembayaran kepada admin atau mods.

Langkah 4
Admin atau mods akan membuat pengesahan pembayaran dan kemudian banner iklan anda akan di’upload’ ke dalam ruangan header Group SOS mengikut tarikh yang telah ditetapkan.